Saturday, 21 March 2015

KENANGI SAAT-SAAT INDAH

~MANISNYA SEBUAH KENANGAN~

Setiap insan pasti mempunyai lipatan memori yang tersendiri sepanjang menjalani hidup ini. Kenangan memang boleh ditinggalkan tetapi tidak boleh dilupakan. Ia tetap terpahat di ingatan.

Kenangilah detik-detik indah ketika bersama jika berasa diri makin bosan atau kurang ceria dengan pasangan kita. Ia umpama baja yang akan menyuburkan semula hubungan yang makin pudar serinya. 


  1. Kenangan manis semasa berkenalan
  2. Kenangan manis sewaktu majlis perkahwinan
  3. Kenangan yang melucukan sepanjang perhubungan



Sila Rujuk

CABARAN & HALANGAN ADALAH CINTA ILAHI

Cabaran, halangan atau ujian di alam rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan adalah untuk memantapkan lagi iman kita terhadap ALLAH S.W.T. Ini untuk mengesahkan kenyataan bahawa seseorang itu belum dikatakan beriman selagi tidak diuji oleh-NYA disamping mampu menghadapinya dengan redha serta sentiasa berharap dengan rahmat-NYA.



Semakin banyak ujian yang kita hadapi, menandakan DIA makin mengasihi supaya kita sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun diakhirat. Terdapat beberapa cabaran yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri. Antaranya:

  1. Cabaran daripada keluarga
  2. Cabaran kesempitan hidup
  3. Cabaran karenah pasangan
  4. Cabaran dalam membahagikan masa
  5. Cabaran dalam mendidik anak-anak
  6. Cabaran kesihatan anak-anak
  7. Cabaran menghadapi masalah anak-anak
  8. Cabaran di tempat kerja
  9. Cabaran dengan rakan taulan & saudara mara
  10. Cabaran jiran tetangga

KENALI SIKAP KITA & PASANGAN

Tak kenal maka tak mesra, tak kenal maka tak cinta dan tak kenal mudah memendam rasa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar jika seeorang mahu menghulurkan salam perkenalan terutama untuk menjalinkan hubungan cinta. Kebanyakan insan yang bercinta memberi alasan masih belum mengenali hati budi dan peribadi bakal pasangan dengan lebih mendalam yang menyebabkan mereka belum bersedia untuk diijabkabulkan.




Bagi menjamin kebahagiaan dalam memilih teman hidup, Islam telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu ada dalam diri bakal pasangan. 

  1. Sikap peramah
  2. Puji-pujian
  3. Bergurau senda
  4. Teman yang akrab
Prinsip 11S - yang perlu ada di dalam perhubungan demi membentuk keluarga bahagia
  1. Syariat
  2. Salam
  3. Senyum
  4. Sabar
  5. Serasi
  6. Sayang
  7. Seks
  8. Sempurna
  9. Syukur
  10. Sejahtera
  11. Selamat


Sila Rujuk

JAGA DIRI, HIASI PERIBADI



     JAGA diri, hiasi peribadi, merupakan ungkapan yang indah didengari. Jika dihayati, ia bukan sahaja memberi makna yang begitu unik malah selari dengan tuntutan agama. Islam mengajak kita untuk berbuat baik walau di dalam keadaan apa sekalipun. Ini semua bagi menjamin keselamatan dan maruah diri sendiri serta pihak ketiga yang terlibat. Peribadi yang mulia perlulah diterapkan agar seseorang itu menjadi lebih bermaruah. Bermula dengan menjaga diri sendiri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur negatif, sehinggalah menghiasi diri dengan akhlak yang mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

     "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya" -HR Tarmidzi dan an-Nasai

      Sesiapa sahaja, sekiranya disoal mengenai bakal pasangan yang diimpikan, pasti mereka ingin mencari seseorang yang soleh atau solehah walaupun diri sendiri tidak sebaik dan sesempurna yang diidamkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu kita patuhi untuk mendidik diri menjadi soleh atau solehah agar berjaya memiliki serta membentuk pasangan seperti itu juga:


  1. Taat perintah ALLAH S.W.T
  2. Berakhlak mulia
  3. Menjaga hati ibu bapa
  4. Merendah hati
  5. Berkawan dengan orang yang baik
  6. Berbuat baik sesama manusia dan makhluk lain
  7. Menjadikan seseorang yang berakhlak mulia sebagai idola
  8. Menjaga diri daripada terjerumus ke lembah dosa
  9. Tidak mudah 'melatah'
  10. Tidak berburuk sangka
Sila Rujuk

ADAB-ADAB KETIKA BERSAMA

     Cinta adalah fitrah. Jiwa akan menjadi sunyi dan malap jika tidak dibajai dengan cinta. Memiliki pasangan yang serasi dalam menyemai benih-benih cinta adalah menjadi idaman setiap insan yang inginkan kebahagiaan apabila sudah diijab kabul kelak. Rasa ingin disayangi, dihormati, dan dimanjai oleh pasangan amatlah didambakan. Namun, ia tidak semudah seperti kita membalik-balikkan tapak tangan.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bemaksud:
    "Pilihlah (pasangan) yang terbaik (akhlak dan agamanya) untuk memproses nutfah (benihmu), kerana akhlak ibu bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya yang dilahirkan." -HR Tirmidzi


Terdapat beberapa adab yang perlu kita patuhi bagi menjamin kesempurnaan hidup sebagai pasangan yang akan membina kehidupan berkeluarga bersama-sama:


  1. Niat yang ikhlas
  2. Tidak menipu tentang identiti diri 
  3. Menjaga batasan syariat
  4. Menghormati antara satu sama lain
  5. Bertolak ansur
  6. Menjaga pandangan mata
  7. Menjaga pergaulan dan percakapan
  8. Berterus terang
  9. Bertanggungjawab
  10. Azam untuk sentiasa berusaha membina keluarga bahagia

Sila rujuk: