JAGA diri, hiasi peribadi, merupakan ungkapan yang indah didengari. Jika dihayati, ia bukan sahaja memberi makna yang begitu unik malah selari dengan tuntutan agama. Islam mengajak kita untuk berbuat baik walau di dalam keadaan apa sekalipun. Ini semua bagi menjamin keselamatan dan maruah diri sendiri serta pihak ketiga yang terlibat. Peribadi yang mulia perlulah diterapkan agar seseorang itu menjadi lebih bermaruah. Bermula dengan menjaga diri sendiri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur negatif, sehinggalah menghiasi diri dengan akhlak yang mulia.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya" -HR Tarmidzi dan an-Nasai
Sesiapa sahaja, sekiranya disoal mengenai bakal pasangan yang diimpikan, pasti mereka ingin mencari seseorang yang soleh atau solehah walaupun diri sendiri tidak sebaik dan sesempurna yang diidamkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu kita patuhi untuk mendidik diri menjadi soleh atau solehah agar berjaya memiliki serta membentuk pasangan seperti itu juga:
- Taat perintah ALLAH S.W.T
- Berakhlak mulia
- Menjaga hati ibu bapa
- Merendah hati
- Berkawan dengan orang yang baik
- Berbuat baik sesama manusia dan makhluk lain
- Menjadikan seseorang yang berakhlak mulia sebagai idola
- Menjaga diri daripada terjerumus ke lembah dosa
- Tidak mudah 'melatah'
- Tidak berburuk sangka
Sila Rujuk

No comments:
Post a Comment