Cinta adalah fitrah. Jiwa akan menjadi sunyi dan malap jika tidak dibajai dengan cinta. Memiliki pasangan yang serasi dalam menyemai benih-benih cinta adalah menjadi idaman setiap insan yang inginkan kebahagiaan apabila sudah diijab kabul kelak. Rasa ingin disayangi, dihormati, dan dimanjai oleh pasangan amatlah didambakan. Namun, ia tidak semudah seperti kita membalik-balikkan tapak tangan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bemaksud:
"Pilihlah (pasangan) yang terbaik (akhlak dan agamanya) untuk memproses nutfah (benihmu), kerana akhlak ibu bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya yang dilahirkan." -HR Tirmidzi
"Pilihlah (pasangan) yang terbaik (akhlak dan agamanya) untuk memproses nutfah (benihmu), kerana akhlak ibu bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya yang dilahirkan." -HR Tirmidzi
Terdapat beberapa adab yang perlu kita patuhi bagi menjamin kesempurnaan hidup sebagai pasangan yang akan membina kehidupan berkeluarga bersama-sama:
- Niat yang ikhlas
- Tidak menipu tentang identiti diri
- Menjaga batasan syariat
- Menghormati antara satu sama lain
- Bertolak ansur
- Menjaga pandangan mata
- Menjaga pergaulan dan percakapan
- Berterus terang
- Bertanggungjawab
- Azam untuk sentiasa berusaha membina keluarga bahagia
Sila rujuk:

No comments:
Post a Comment